Pengikut

Jumaat, Ogos 25, 2017

Backpack backpack.... handmade backpack for Asfa Maryam

Assalamualaikum...

Harini nak kongsi projek jahit terkini cheewahhh

Backpack untuk anak dara comey nih.
Seronok betul dia, siap nak bawa pergi sekolah kakak, sebab dia pun nak sekolah. Sekali.... berderai air mata... hujan rebut bila kawan2 kakak nak dukung kakakaka

Setelah sekian lama study free tuto kat internet.. pattern tuh hentam sendiri jer, ikut saiz badan Asfa. Walaupun sebenarnya agak besar jugaklah dengan dia.

Material: guna denim tebal. Memang dah tak guna any stabilizer. Seram jugak nak menjahit part2 yang di lipat tuh... tapi Alhamdulillah, guna mesin HS Juki  + jarum saiz 18... semuanya smooth jer. Jahitan pun cun


Jenuh cari design matching kat depan tuh
Mak ni hajat besor, nak kain yang takde imitate kiki, nak ori Designer cotton yang tak jumpa imitate design kat sini kikiki

Orang biasa tengok design Rainy Day on Monday tuh mesti perasan something kan kan... air hujan jatuh ke atas hihihi
Tapi sapa jer yg perasan pun, tukang jahit jer yang PERASAN kikiki

 
 
 
Bahagian dalam beg...
Bahagian belakang tuh saya sorokkan seams, tapi memang kena jahit tangan kat bhgn bawahnya tuh
Belah depan dah malas... guna piping jer lah.
Bila bandingkan antara dua ni, rasanya piping lebih kemas dan menjadikan beg lebih sturdy gitu
 
 
Hellooooo HANDMADE
Berpeluh-peluh acik ni nak siapkan beg ni tau...
Kalau nak ambik tempahan pun, tak tau lah nak letak rege berapa RM...upah murah2 takde semangat acik nak buat hihi
 
 
Ada kisah tersembunyi dgn tali merah kat belakang nih huhuhu
Nampak tak pendek sebelah?
Alkisahnya acik ni nak potong webbing tuh untuk letak kat zip.. tali yang lebih tuh dletakkan sekali dengan tali beg yang siap2 di jahit...
Dengan confirdent acik potong, rupanya tali beg yang di potong huwaaaaaaaaaa
Still boleh pakai, tapi pendek lerrrrr
 
 
 
Oklah... sekian dulu untuk kali ni, dah lama tak membebel di blog, walaupun banyak ceritanya..
Tgk explore bloggeroid... mcm ok jer nak attach gambar kan..
Jazakillah buat Cik Azue yang bagi solution kat kami niii
Till another story
 
Mila@rimbun

Isnin, Ogos 21, 2017

testing

testing from bloggeroid

Khamis, Ogos 10, 2017

Perca oh perca..

Assalamualaikum...
Lamanya tak update blog, janji tinggal janji, janji di capati hahahaha...
Konon nak memeriahkan blog kan... tapi bila buka PC, banyak sgt mende nak settle... tau2 si Maryam dah bangun..

Yang peliknya, apps blogger kat henpon tak pernahnya OK, kalau boleh update through phone kan best.. ker saya yang tak tau erks

Projek ngabihkan perca, sudah buhsan dengan perca yang melambak tuh, tolak sana tolak sini, tetap jugak menyemak
Sekarang ni bila piker nak tambah stok kain pun rasa malas...semakkkkk

Tengok niiii... pandai benor budak ni posing kikikiki
Dress sempoi jer.. Lagipun si Maryam ni suka pakai dress camni.. tak berapa suka sangat pakai seluar

Ini plak stoking DIY.. first time try hihi
Pola dapat dah bertahun...

Agak selesa dengan stoking nih.. walaupun longgar kat betis tuh, tp bukan mcm stoking biasa tuh, ianya tak melorot kebawah... memang selesalah. Mungkin next time kena kecikkan skit kut, kaki acik nih kecik :-P

Sampai jumpa lagi....


Regards; Mila