Pengikut

Selasa, Januari 30, 2018

Blankow Planket

Kebuhsanan jahit sejadah muka 😄😄😄😄
Satu masalah dengan acik ni adalah buhsan bila buat satu benda repeatedly.

Malam td take 5 (multiply by 10 😂😂😂😂) jahit blanket super super easy ni

Alkisahnya mencari left over batting fiber, selongkar punya selongkar, terjumpa kain fleece beli kat kamdar ni, dulunya konon nk testing buat cloth pad, tapi hampeh!, terperuk gitu ajer.
Scrap 2" untuk border pun banyak, so apa lagi... sambung2 je lah.... pastu tampal jer, jadilah border blanket ni yang cun melecun 😝😝

Then cari2 remnant yg besar skit, buat poket belah dalam selimut, boleh lipat2 selimut jadi pillow, maka terciptalah blankow @ planket blanket+pillow 😂😂😂😂😂

Sekian ceritera acik pagi ni.... sambung jahit sejadah muka yerrrr.... lagi 14 to go

posted from Bloggeroid

Rabu, Januari 17, 2018

Jubah putih berseri buat tuannya yang hensem

Assalamualaikum...
Lama tak bersiaran, nak menaip di blog ni memang susah betul nak dapat masa yang sesuai...

Arini cerita jubah putih sepasang buat tuannya yang baru masuk darjah satu di Maahad Tahfiz Tun Abdul Rahman Yaakub (Mattary)




Hensem tuannya....
Suka kawan dengan Asfa hihihi





Ada 2 pasang, gigih siapkn secepat mungkin sebab nk kirim dengan abangnya yang nak balik bercuti, jimat kospos kan...

Projek jahit ni makin rancak plak, macam2 permintaan customer... Ada yang bole di ikutkan, dan ada yang terpaksa tolak... maaf bebanyak yer. Projek yang melibatkn baby quilt memang dah tak ambik huhu.

Rindu rasa nak blogwalk...
Rindu nk terjah rumah maya kawan2...
Sampai jumpa lagi
مع السلامة في الدارين
الي اللقاء

posted from Bloggeroid

Selasa, Januari 09, 2018

TELEKUNG JUBAH OR JUBAH TELEKUNG NIH?

Assalamualaikum...
Selamat tahun baru, walaupun ucapan dah terlewat lebih dari seminggu 👀👀👀👀

Masa pergi bercuti arituh, buat pertama kalinya saya jahitkan telekung jubah ni, sebab tengok gayanya agak senang nak bawa travel, untuk solat di hotel.



Asal idea ni adalah dari telekung contoh yang customer bagi... Allah nak bagi ilmu kan... datang jer depan mata. Saya memang ikut almost 90% saiz dan cara potong pola, ikut telekung contoh tuh... Jazakillah wahai customer, Alhamdulillah wa syukrillah

Ada juga orang panggil telekung yaman kan... apa2 lah namanya, saya lebih suka panggil jubah telekung hihihi

Setakat yang saya guna, memang amatlah selesa. Bila dilipat2 nipis jer kejadiannya, lg pun 'one piece' kan....

Ada ke kengkawan yang berminat dengan telekung ini?
Boleh customize saiz, kalau yg agak rendah dan lebar, mungkin boleh di besarkan badan telekung, bagi yang tinggi kurus, boleh dilabuhkan lagi.
Pilihan kain pun ada, nak yang plain guna tetron cotton mcm saya pakai tuh, or nak guna japanese cotton....
Harga? START dengan RM60 (plain tetron cotton), Saiz standard seperti yang saya pakai.
Boleh wasap for details yer.... jangan call, saya jarang angkay call dari no. yang tak dikenali huhuhu
www.wasap.my/60192548268

posted from Bloggeroid